KURANGKAN KALORI, PANJANGKAN UMUR

Pelbagai usaha dilakukan oleh manusia agar memiliki umur yang panjang. Ini termasuklah memakan pelbagai ramuan tradisional dan mengambil makanan tambahan antioksidan dan penyingkir radikal bebas. Penyelidikan yang dilakukan oleh Dr. Roy Verdery dari Arizona Centre Of Aging dan National Institute On Aging [ NIA ], menunjukkan penggurangan kalori berlebihan dalam badan boleh memanjangkan usia. Penyelidikan yang di jalankan ke atas haiwan seperti lalat buah dan tikus, membuktikan penggurangan kalori 30 peratus, boleh memanjangkan umur bertambah kesihatan badan.
AYUNKAN LANGKAH ELAKKAN KEMURUNGAN
Sekiranya anda sedang dirundung bosan, cubalah ceriakan diri anda dengan menghayunkan tangan dan kaki. Senaman biasa seperti kata pakar perubatan mampu melawan perasaan kemurungan. Hasilnya adalah benar – benar mengggembirakan. Beberapa pesakit menderita kemurungan di Eropah, melakukan aktiviti berjogging atau berjalan cepat selama tiga hari dalam seminggu. Hasilnya dua bulan kemudian menampakkan tanda – tanda mulai baik. Latihan intensif juga memberikan hasil yang sama. Satu penyelidikan di California terhadap 1800 orang selama 20 tahun mendapati bahawa mereka yang bersenam ebih jarang terkena masalah kemurungan dibandingkan mereka yang tidak aktif.
SINARAN MATAHARI SEMBUHKAN KANSER?

Sinaran matahari dikatakan penyebab utama kanser panyakit kulit seperti melanoma, tetapi pada masa yang sama ia dapat menolong menngurangkan penyakit kanser. Satu penyelidikan yang dibuat menunjukkan seseorang terdedah dengan cahaya matahari juga boleh mengurangkan risiko kalenjer limfa. Hasil penemuan ini telah direkodkan dalam Journal of the national Cancer Institute America syarikat dengan menunujukkan beberapa factor yang dapat melambatkan proses pertumbuhan kanser, malah menghentikan perkembangannya. Namun begitu, seseorang tidak digalakkan terdedah dibawah terik matahari terlalu lama
MAKAN YOUGART HILANGKAN BAU MULUT

Anda mengalami masalah bau mulut? Kajian tebaru yang di petik dari Reuters menunjukkan bahawa yogurt boleh mengatasi masalah ini. Menurut Doktor Kenichi Hojo dari Universiti Tsurumi, Yokohama Jepun, yogurt dipercayi bukan sahaja membersihkan mulut malah mampu melemahkan bakteria yang dihasilkan oleh lidah. Doktor Kenichi melakukan kajian tersebut terhadap beberapa responden yang mengambil yougart dua kali sehari. Kajian di lakukan selama enam minggu dan perhitungan kadar bau mulut dikira melalui tahap hydrogen sulfide dan volatile sulfide. Hasil daripada kajian itu menunjukkan bahawa 80 peratus daripada responden dikenalpasti menalami penuruan kadar sulfide setelah memakan yogurt secara teratur
KELEBIHAN BETIK UNTUK LELAKI

Seperti yang kita ketahui, buah betik memang kaya dengan Vitamin C dan merupakan antiokseigen yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik juga mempunyai kelebihan lain terutama meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Tahukan anda kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? Oleh itu langkah terbaik untuk meningkatkan kesburuan dan kuantiti sperma adalah dengan memakan buah betik setiap hari. Pengambilan 500 miligram Vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.
ALOE VERA SANGAT BERKHASIAT…

Aloe vera atau dikenali sebagai lidah buaya sememangnya mempunyai zat yang diperlukan oleh badan…ini kerana aloe vera mengandungi beberapa vitamin untuk kesihatan tubuh iaitu Vitamin A,B1,B2,B3,B12,C dan E. selain kaya dengan vitamin, aloe vera juga kaya dengan mineral kalsium, magnesium, potassium, sodium,zat besi, zink dan kronium. Dikatakan beberapa unsure vitamin dan mineral itu seperti vitamin C,E,A magnesium dan zink berfungsi bagi membentuk oksida. Antioksida ini dapat mencegah masa penuan peringkat awalserta mengurangkan seranagn penyakit jantung. Kelebihan aloe vera juga dikatakan bertindak sebakai antibakteria dan meningkatkan aliran darah terutama ke bahagian luka.
Tinggalkan Komen
Tinggalkan Komen
Tinggalkan Komen